Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Kementerian Pelajaran Malaysia
menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) menyediakan pendidikan khas dan
kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala
pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah
pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.
Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah
dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan
menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif. Tempoh
pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam tahun, manakala bagi
sekolah menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga dua
tahun maksimum mengikut keperluan murid.
Bilangan murid pendidikan khas rendah dan menengah di seluruh
Malaysia
adalah seramai 2912, manakala guru pula ialah seramai 630. Terdapat
sebanyak 28 buah sekolah rendah, iaitu lima(kanak-kanak buta), dan 23
(kanak-kanak pekak). Manakala bagi sekolah menengah rendah pula,
terdapat tiga buah sekolah pendidikan khas iaitu, satu (kanak-kanak
buta) dan tiga (kanak-kanak pekak). Bilangan murid pendidikan khas
integrasi pula adalah seramai 11 961, manakala gurunya pula adalah
seramai 2587 orang.