Blogger Templates

Wednesday 30 May 2012

Kem Bestari Solat j-QAF PIPK

:: Pengecaman Anggota Wuduk ::



:: Amali wuduk ::



:: Pengecaman perlakuan solat ::


:: Amali solat ::



:: Semua murid menunaikan solat dengan baik dengan bimbingan semua guru ::

Tuesday 29 May 2012

Pengenalan j-QAF Pendidikan Islam Pendidikan Khas

KONSEP PROGRAM j-QAF DI PENDIDIKAN KHAS

Program j-QAF di Pendidikan Khas adalah satu usaha memperkasakan Pendidikan Islam ( PI ) di Pendidikan Khas untuk murid-murid berkeperluan khas Bermasalah Pembelajaran.Melalui program ini,penekanan khusus dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran menggunakan Modul Kaedah Iqra’ dan pengajaran dan pembelajaran Fardhu Ain menggunakan Modul Amali Solat yang dilaksanakan disekolah rendah.
Modul-modul ini telah diubahsuai mengikut tahap penguasaan dan keupayaan murid berkeperluan khas.Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan,bimbingan,kemahiran,pengukuhan,               pengayaan dan penghayatan murid.Perlaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada dan penambahan waktu dikelas Pendidikan Islam di Pendidikan Khas.
PERLAKSANAAN PROGRAM j-QAF DI PENDIDIKAN KHAS
          
Sasaran bagi program ini ialah murid-murid boleh menguasai bacaan dan perlakuan di Program  Pendidikan Khas Integrasi.Mulai tahun 2008,murid yang dipilih sedang mengikuti program tersebut di 30 buah sekolah( 90 buah kelas dengan bilangan murid seramai 540 orang ) diseluruh semenanjung Malaysia.
Bagi murid yang tidak terpilih akan meneruskan pembelajaran Pendidikan Islam yang sedia ada di Pendidikan Khas.Pada tahun 2009 pula, jumlah ini bertambah kepada 41 buah sekolah ( dianggarkan 800 orang murid ) berkeperluan Khas Bermasalah Pembelajaran diseluruh semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Pada tahun 2010 tiada penambahan bilangan untuk program j-QAF di Pendidikan Khas. Pada tahun 2011, jumlah sekolah yang terpilih untuk program ini bertambah lagi termasuk di Sabah dan Sarawak. Buat pertama kalinya juga program j-QAF pada tahun 2011 telah ditempatkan di 3 buah sekolah SKPK (Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas) masalah penglihatan bagi memastikan murid-murid berkeperluan Khas Masalah Penglihatan celik al-Quran.

Kenali apa itu Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran


Kementerian Pelajaran Malaysia menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) menyediakan pendidikan khas dan kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.
Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam tahun, manakala bagi sekolah menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga dua tahun maksimum mengikut keperluan murid.
Bilangan murid pendidikan khas rendah dan menengah di seluruh Malaysia adalah seramai 2912, manakala guru pula ialah seramai 630. Terdapat sebanyak 28 buah sekolah rendah, iaitu lima(kanak-kanak buta), dan 23 (kanak-kanak pekak). Manakala bagi sekolah menengah rendah pula, terdapat tiga buah sekolah pendidikan khas iaitu, satu (kanak-kanak buta) dan tiga (kanak-kanak pekak). Bilangan murid pendidikan khas integrasi pula adalah seramai 11 961, manakala gurunya pula adalah seramai 2587 orang.

Monday 28 May 2012

Ahlan Wasahlan

WELCOME TO OUR BLOG..^_^